Thursday, November 13, 2008

Keluarga Baru IKHLAS


Seramai 7 orang S17 melapor diri bertugas di IKHLAS, mereka terdiri daripada Hazahari, Jeldykya, Mohd. Hanif, Nor Azlan, Mohd. Nor Shah Rizal, Hidayah dan Nur Ain. Bermula 14 Ogos 2008 terpapanglah wajah-wajah baru di IKHLAS.

Dengan bertambahnya 2 bunga maka kakitangan wanita di IKHLAS semakin bertambah dan keserian IKHLAS lebih terserla. Dengan kehadiran keluarga baru ini diharapkan dapat menambahkan lagi keberkesanandan kecekapan setiap unit.

Ketua Penyelia Asrama Baru

Pn. Razita binti Muji telah memulakan tugas sebgai ketua penyelia asrama bermula pada 1 Ogos 2008, kedatangannya sudah lama dinantikan kerana selama ini jawatan ini kosong tidak bertuan.

Dengan kehadiran beliau dapatlah menjadi pemangkin dan penunjuk arah kepada penyelia asrama yang lain....

Selamat Bertugas...

Driver Baru Penambah Kelancaran Pergerakan IKHLAS

Setelah sekian lama menanti kini bermula pada 28 Julai 2008 kekosongan pemandu yang telah lama tidak berisi kini telah ditempatkan seorang lantikan pemandu baru bagi melicinkan dan melancarkan pergerakan aktiviti IKHLAS yang kian hari makin sibuk.

Sudirman Bin Senong nama yang bakal kita dengari setiap hari, semoga beliau akan memberikan kerjasama yang kita perlukan...

Thursday, July 3, 2008

Berita Terkini

Mulai Julai 2008, IKHLAS telah menerima 2 orang kakitangan baru iaitu Encik Nani selaku Timbalan Komandan Pentadbiran Dan Keselamatan serta Puan Mahani selaku Penolong Pegawai Antidadah S32.

Dengan Kehadiran pegawai-pegawai baru maka IKHLAS dapat lagi memantapkan institusi ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Wednesday, July 2, 2008

Pengenalan IKHLAS




  • Pusat serenti sepang atau lebih dikenali sebagai IKHLAS (Institut Kemahiran Dan Latihan AADK Sepang) merupakan pusat serenti yang ke 29 dibina
  • Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan siap pada tahun 2003

  • Keluasan kawasan seluas 45 ekar dan terletak 25km dari pekan dengkil

  • Tujuan pembinaan pada asalnya untuk dijadikan pusat latikan kakitangan AADK, atas arahan YAB Perdana Menteri pada tahun 2004, AADK membuat keputusan supaya pusat ini dijadikan pusat latihan vokasional
  • Di peringkat awalan ini kursus yang ditawarkan ialah Kursus Pendawaian Elektrik,Kursus Teknologi dan Kursus Jahitan Pakaian Lelaki dengan kerjasama Giatmara Malaysia

Kakitangan IKHLAS

  • Komandan- Cik Puan Azizah
  • Timbalan 1- En. Ahmad
  • Timbalan 2- En. Nani
  • Ketua Unit Pemulihan- Puan Hamdah
  • Ketua Unit Vokasional Dan Riadah- En. Dul Wahab
  • Ketua Unit Hal Ehwal Murid- Puan Rashidah
  • Ketua Unit Agama- Ustaz Hafiz
  • Ketua Unit Pentadbiran- En. Hanafi
  • Ketua Unit Keselamatan- Sarjan Othman